~it's me~

~it's me~
~a fRieNd iN neED is a fRieNd iNdeED~

Sunday, 23 January 2011

"SUPERFOOD" yang patut kita makan~~~


Nutrisi sangat penting dalam kehidupan manusia. Namun, ramai yang tak menyedari bahawa sesetengah makanan mempunyai lebih banyak nutrisi daripada yang lain. Berikut adalah senarai 7 makanan yang patut di makan oleh semua pihak.

Makanan 1: Pisang

--->>>Mungkin ada segelintir yang memandang remeh pisang di dek kerana kuantitinya yang banyak di Malaysia. Namun, tak dinafikan pisang sangat baik untuk kesihatan.

Pisang adalah sumber potassium segera yang sangat baik yang amat diperlukan untuk mengawal saraf, degupan jantung dan juga tekanan darah. Kandungan potassium dan magnesium yang tinggi pada pisang juga boleh mengurangkan risiko strok.

Selain itu, pisang juga sangat berkesan sebagai sumber vitamin B-6 yang boleh membantu sistem pertahanan badan. Bukan peminat pisang? Kandungan potassium yang tinggi boleh juga diperoleh daripada jus oren, kekacang dan tomato.

Makanan 2: Tiram

 --->>>Tiram sangat berkhasiat khususnya untuk sistem reproduktif lelaki kerana tiram mengandungi kuantiti mineral zink yang tinggi. Mineral zink sangat berguna kerana bilangan sperma dapat dipertingkatkan dengan zink. Disamping itu, zink di dalam tiram juga baik untuk mencegah kerosakan sel yang boleh membawa kepada kanser prostat.

Untuk mendapatkan kuantiti 11 miligram mineral zink yang diperlukan sehari, tiram juga boleh digantikan dengan makanan laut bercengkerang yang lain seperti kepah dan lala.


Makanan 3: Coklat

--->>> Coklat kaya dengan flavonoids dan polypenols yang bagus untuk mengawal kandungan kolestrol dalam badan. Flavonoids juga bertindak sebagai anti-oxidant yang baik untuk mengawal penuaan disamping mengawal tekanan darah melalui kandungan nitric oxide.

Difahamkan, coklat mengandungi 8 kali kandungan anti-oxidant berbanding strawberri selain mampu membantu mengimbangi hormon yang membawa kesan ketenangan dalam diri (depression control). Perlu diingat, dark chocolate lebih ‘natural’. Oleh sebab itu, dark chocolate lebih berkhasiat berbanding coklat biasa.


Makanan 4: Ikan Sardin

--->>>Makanan yang baik juga seharusnya mempunyai kandungan lemak yang baik untuk badan iaitu asid lemak omega-3. Jenis lemak tak tepu ini adalah sangat digemari kerana kelebihannya yang boleh membantu jantung, sistem pertahanan badan dan juga mengurangkan risiko kanser prostat seperti tiram.

Ikan yang ber omega-3 seperti ikan sardin juga sangat kaya dengan vitamin D, nutrisi yang boleh mencegah diabetes tahap 2, tekanan darah tinggi dan penyakit tulang. Apa yang lebih baik lagi, ikan laut dalam seperti ikan sardin sangat baik kerana ia membantu meningkatkan kadar libido dengan meningkatkan kesihatan seksual melalui kandungan lemak asid omega-3 yang tinggi. Kerana kandungan lemak sihatnya, ikan sardin juga baik untuk menguruskan badan.

Selain ikan sardin, sumber omega-3 juga boleh didapati daripada jenis kekacang seperti walnut, minyak kanola (canola oil) dan juga telur (free range eggs).


Makanan 5: Lada hitam


--->>>Rakyat Malaysia sudah tak asing lagi dengan lada hitam. Lada hitam atau nama saintifiknya ‘Piper nigrum’ boleh membantu selera makan dengan menghantar pesanan ke perut untuk meningkatkan kadar sintesis hydrochloric acid yang membantu penghadaman. Ini bukanlah perkara yang menakutkan untuk mereka yang berdiet, tetapi, hydrochloric acid membantu pencernaan seterusnya mencegah sakit perut, buasir dan seumpamanya.


Makanan 6: Jagung


--->>>Jagung rebus yang panas sememangnya makanan pasar malam yang sangat digemari. Jagung juga adalah sumber vitamin yang baik seperti vitamin B1 (thiamine), B5, fiber diet dan vitamin C. Thiamine sangat berguna untuk penghasilan tenaga yang sangat kritikal untuk fungsi-fungsi sel otak. Ini kerana, thiamine diperlukan untuk sintesis acetylcholine, agen yang diperlukan untuk memori. kekurangan vitamin ini boleh membawa kepada penyakit otak dan kelupaan (Alzheimer).

Selain itu, jagung juga mengandungi panthotenic acid yang diperlukan untuk karbohidrat, protein dan lipid. Terutamanya untuk mereka yang mudah stress, makanlah jagung kerana panthotenic acid membantu fungsi adrenal glands untuk mengawal emosi.



Makanan 7: Cili


 --->>>Mungkin ramai yang mengetahui bahawa cili mengandungi capsaicin, bahan yang memberikan rasa pedas pada cili. Namun, ramai juga yang tak mengetahui kelebihannya. Secara umumnya, kepedasan daripada capsaicin boleh membantu membakar kalori serta-merta selepas makan yang mana kajian menunjukkan cili yang mengandungi capsaicin boleh meningkatkan metabolism secara sementara kepada 8% di atas kadar normal.

Selain itu, kepedasan cili juga difahamkan boleh membantu merangsang deria rasa lantas menjadi bahan yang baik untuk membantu mereka yang sakit untuk mendapatkan kembali selara makan dan tenaga. Kepada yang sakit dan yang ingin menurunkan berat badan, bolehlah cuba makan cili.

No comments:

Post a Comment